Thursday, August 26, 2010

JPJ

Jeritan Pagi Jumaat
jam 9 pagi- menggelabah baru bangun pagi.janji dengan pelatih memandu jam 9.30pagi di pejabat beliau untuk bergerak ke tapak ujian
10 pagi - Lapor diri di tapak ujian. Tunggu giliran untuk mendaftar di kaunter JPJ. dimaklumkan pendaftaran hanya bermula selepas jam 12.
10-12 - Penantian satu penyiksaan. 12.30, masih tiada berita tentang kebenaran untuk mendaftar. 1 tgh - nekad untuk meninggalkan tapak ujian untuk solat jumaat biarpun belum mendaftar.

Jeritan Petang Jumaat.
2.00 ptg - Usai solat jumaat,bergegas semula ke tapak ujian. ramai orang di kaunter JPJ. Alhamdulillah, semua pOn belom mendaftar biarpOn konon2nya kata wajib daftar b4 solat jumaat.
2.30 - menunggu giliran. hari mendung. Hampir hujan.
4.00 ptg - my turn untuk re-test ujian motor bahagian A setelah gagal pada tahun lepas dekat brek emergency.
4.05 ptg - nervous yang teramat. Mula meniti di atas ttitian. Angin makin kencang. Yakin makin pudar. Tiba-tiba titi nampak berbengkang bengkok....dan.....BOOM!!! jatuh dari landasan. Buat U-turn. Terima surat. CALON KANDAS!!!!!

arghhh!!!! tension!kegagalan buat kedua kalinya!

***********

Jadi Positif, Jadilah!!

Buat yang meragui, kisah di atas merupakan kisah benar, berlaku pada tanggal 3 ramadhan yg lepas. Kegagalan, baik dalam ujian2 kelas, ujian memandu, malah dalam apa jua UJIAN bukanlah satu perkara yang menghairankan. Mengapa? hakikatnya memang setiap ujian itu akan berakhir dengan dua kebarangkalian- BERJAYA..atau GAGAL. Namun apa yang lebih penting dari keputusan, sesuatu ujian itu ialah sejauh mana usaha yang telah kita lakukan dan bagaimana sebenarnya kita menerima sesuatu keputusan itu - KECEWA?REDHA? dan sejauh mana keputusan itu menjadikan kita semakin dekat kepadaNya. Satu perkara yang pasti, Allah punya perancanganNya yang tersendiri. Allah malah jauh lebih MAHA mengetahui atas apa yang diujikan ke atas hambaNya.


"....boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan Allah jualah yang mengetahui,sedang kamu tidak menmgetahui...."

Jika ketentuan Allah itu yang terbaik, maka mengapa harus bersedih lagi?

************

Sesuatu yang tidak dpt dinafikan ialah pahitnya sesebuah kegagalan itu. Menjadi "Positif" bukanlah bererti menafikan hakikat kegagalan itu yang sememangnya memeritkan. Tetapi mengenal peritnya GAGAL, seyogianya menghasilkan perasaan 'anti' atau 'allergic' atau serik untuk gagal semula. Tanamkan semangat itu dalam diri setiap kita. Dan seharusnya, kita bersyukur masih punya peluang untuk memperbaiki diri. Itu baru gagal di dunia, pastinya untuk yang benar2 sudah SERIK dgn kegagalan, tidak akan mahu gagal di akhirat sana. Biar jatuh meniti titian ujian motor, jangan jatuh meniti titian Sirat di sana. Nauzubillah.

Allahua'lam...

No comments: