Thursday, August 26, 2010

JPJ

Jeritan Pagi Jumaat
jam 9 pagi- menggelabah baru bangun pagi.janji dengan pelatih memandu jam 9.30pagi di pejabat beliau untuk bergerak ke tapak ujian
10 pagi - Lapor diri di tapak ujian. Tunggu giliran untuk mendaftar di kaunter JPJ. dimaklumkan pendaftaran hanya bermula selepas jam 12.
10-12 - Penantian satu penyiksaan. 12.30, masih tiada berita tentang kebenaran untuk mendaftar. 1 tgh - nekad untuk meninggalkan tapak ujian untuk solat jumaat biarpun belum mendaftar.

Jeritan Petang Jumaat.
2.00 ptg - Usai solat jumaat,bergegas semula ke tapak ujian. ramai orang di kaunter JPJ. Alhamdulillah, semua pOn belom mendaftar biarpOn konon2nya kata wajib daftar b4 solat jumaat.
2.30 - menunggu giliran. hari mendung. Hampir hujan.
4.00 ptg - my turn untuk re-test ujian motor bahagian A setelah gagal pada tahun lepas dekat brek emergency.
4.05 ptg - nervous yang teramat. Mula meniti di atas ttitian. Angin makin kencang. Yakin makin pudar. Tiba-tiba titi nampak berbengkang bengkok....dan.....BOOM!!! jatuh dari landasan. Buat U-turn. Terima surat. CALON KANDAS!!!!!

arghhh!!!! tension!kegagalan buat kedua kalinya!

***********

Jadi Positif, Jadilah!!

Buat yang meragui, kisah di atas merupakan kisah benar, berlaku pada tanggal 3 ramadhan yg lepas. Kegagalan, baik dalam ujian2 kelas, ujian memandu, malah dalam apa jua UJIAN bukanlah satu perkara yang menghairankan. Mengapa? hakikatnya memang setiap ujian itu akan berakhir dengan dua kebarangkalian- BERJAYA..atau GAGAL. Namun apa yang lebih penting dari keputusan, sesuatu ujian itu ialah sejauh mana usaha yang telah kita lakukan dan bagaimana sebenarnya kita menerima sesuatu keputusan itu - KECEWA?REDHA? dan sejauh mana keputusan itu menjadikan kita semakin dekat kepadaNya. Satu perkara yang pasti, Allah punya perancanganNya yang tersendiri. Allah malah jauh lebih MAHA mengetahui atas apa yang diujikan ke atas hambaNya.


"....boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan Allah jualah yang mengetahui,sedang kamu tidak menmgetahui...."

Jika ketentuan Allah itu yang terbaik, maka mengapa harus bersedih lagi?

************

Sesuatu yang tidak dpt dinafikan ialah pahitnya sesebuah kegagalan itu. Menjadi "Positif" bukanlah bererti menafikan hakikat kegagalan itu yang sememangnya memeritkan. Tetapi mengenal peritnya GAGAL, seyogianya menghasilkan perasaan 'anti' atau 'allergic' atau serik untuk gagal semula. Tanamkan semangat itu dalam diri setiap kita. Dan seharusnya, kita bersyukur masih punya peluang untuk memperbaiki diri. Itu baru gagal di dunia, pastinya untuk yang benar2 sudah SERIK dgn kegagalan, tidak akan mahu gagal di akhirat sana. Biar jatuh meniti titian ujian motor, jangan jatuh meniti titian Sirat di sana. Nauzubillah.

Allahua'lam...

Sunday, August 22, 2010

bazar ramadhan...

Dengan nama Tuhan yang maha Agung

waduh2..cepat banget ya.sudah seminggu rupanya kita menjalani ibadah puasa. Dah seminggu jugak menghadiri 'bazar-bazar' Mega Sale Ramadhan. Memang macam-macam ada. betul.x tipu. Mana taknya, kat bazar ni la boleh cari diskaun dosa sehingga 100% potongan!!(bulan maghfirah la katakan..), Tak kurang juga ganjaran bonus pahala berlipat lipat lipat lipat kali ganda untuk sapa yang rajin dan mahu mencari. Mudah aje. cume gores dan asah lidah untuk rajin2 membaca Quran, kuatkan tulang untuk bangun malam2, dan yang paling mudah SENYAP dan MENJAGA MULUT tuh pon buleh dapat bonus berlipat-lipat-lipat-lipat dan lipat lagi gandanya. Tuh baru sikit. ada banyakkkkkkkkk lagiiii sebenarnye bonus2 yang disediakan. Uish, besh betol lah.

Tu lah nk bagitau ni, akak2,abang2,saya2 yang masih belum bawak hati tuh berkunjung ke 'bazar Mega Sale Ramadhan' yang "sebenar" nih, huh tunggu ape lagi. Tinggal kurang dari 3 minggu je lagi nk abis. Kalau untung malam2 da nak last tuh buleh menang 'cabutan bertuah' pakej lawatan ke malam lailatul qadar. lawatan merentasi 1000 bulan!Besh tuh!!!

tapi dalam sibuk berbelanja n bershoping sakan untuk bekalan akhirat tuh, jangan lupa pulak niat kita. Jangan sampai terpesong. Macam beli barang, bukan KUANTITI nya sahaja yang penting, tapi KUALITI tuh jauhhhhhhh lagi penting. dan salah satu aspek penting dalam menentukan kualitinya terletak pada niatnya. Biar buat amalan2 tuh bukan setakat nk kumpul pahala banyak2 jer, but lebih dari itu ialah untuk mendapat REDHA ALLAH!! Ingat, kita bukan masuk syurga dengan pahala kita, but redha Allah itulah yang mencapaikan kita ke sana

Wallahualam...


Sunday, August 15, 2010

para pencari Tuhan...(ramadhan spec.)

laungan itu
memecah sehening kesenyapan,
yang masih beradu dalam kamar kenafsuan,
petanda bermula sebuah kembara
para pencari Tuhan.

Kembara itu jauh.
kembara itu sukar.
Lihat musafir itu,
ada yang menjenguk-jenguk cangkir
rahmat dari Tuannya.
mengharap ada kiranya setitis air kasih
buat penghapus dahaga kekhilafan.
ada pula yang berkembara,
namun masih di takuk lama,
nmpak bergerak, tapi statik di tempat lama,
tiada rasa hijrah dalam jiwa,
hanya punya penat dan lelah,
keluh dan kesah.

aduh...
kembara ini bukan cuma berlapar dahaga,
kembara ini, mesti menjaga!

dan
saat jelma mega merah senja
semua berlabuh di medan kerehatan,
mengisi bekas-bekas kejiwaan,
buat bekalan kembara keseterusan,
oleh para pencari Tuhan...


p/s:moge ramadhan kali ini membawa sejuta keberkatan n penghijrahan buat para pencari redha Illahi