Wednesday, December 29, 2010

lembut tapi keras

".....Yang mengampuni dosa dan Menerima taubat, lagi KERAS hukumaNya. Yang mempunyai kurnia. Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNyalah kembali (semua makhluk)"

(alMukmin:3)

hmm..
ampuni dosa
menerima taubat
tapi
KERAS hukumanNya......

Monday, December 20, 2010

salah siapa?

islam terfitnah??

kerana kau?
kerana dia?
kerana aku?
kerana dia??


[jangan tekan]

Sunday, December 19, 2010

kira-kira

beratnya SYAHADAH itu....
mahalnya syurgaMu itu...

-----sudah cukupkah usahaku?

Saturday, December 18, 2010

siBuk?

  • Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
  • (58:11)
  • Thursday, December 9, 2010

    " ....manusia itu sangat mudah goyahnya pada dua keadaan : saat berhadapan dengan keadaan yg terlampau sukar baginya, atau saat didodoikan dengan kesenangan yang terlampau...."

    ~~anoynomous~

    Wednesday, December 8, 2010

    gosok

    sape pernah experience ini?????

    .....program sental (baca:gosok) gigi bersama colgate.......

    hari2
    gosok gigi.....
    supaya hilang karat2 (read:plaque) pada gigi...

    ouwwww...
    camne pulak karat jahiliyah di hati?
    sudah sental hari2?


    p/s:bile la colgate nk wat program sental hati ramai2 plak~~

    Saturday, December 4, 2010

    CERMIN


    "Do you order righteousness of the people and forget yourselves while you recite the Scripture? Then will you not reason?"

    "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
    (2:44)


    Friday, December 3, 2010

    it's snowing

    Dengan nama Ar-Rahman yg tidak prnah jemu
    menabur kasih syangNya buat para hamba....

    Assalamualaikum...

    Hari ini salji.
    putih.bersih.suci.salji
    subhanallah,indahnya salji.

    hari ini salji.
    biarpun ramalan cuaca MANUSIA
    kate smpai 15hb cuaca akan baik2 sahaja
    tiada hujan..tiada salji..

    oh.terhad bukan ilmu dan daya manusia?
    mengapa masih mahu sombong?...



    "Verily, His Command, when He intends a thing,
    is only that He says to it, "Be!" and it is! "
    (36:82)

    "So which of the favors of your Lord would you deny?"
    (55:13)

    Saturday, October 23, 2010

    P.E.N.I.N.G

    dunia terbalik?

    Muslimah bercadar di Quebec Kanada telah mendapatkan sekutu baru dalam melawan larangan yang diusulkan terhadap burqa, yaitu kelompok Yahudi Ortodoks.

    Dewan Yahudi Ortodoks untuk Hubungan Masyarakat berpendapat bahwa membatasi siapa pun dari mengenakan cadar/burqa termasuk tidak mendapatkan pelayanan dalam kantor-kantor pemerintah, sama saja dengan tidak mengutamakan hak-hak gender dan hak-hak beragama, seperti dilaporkan oleh surat kabar The Globe dan Mail.

    Dewan Yahudi Ortodoks menyatakan pendapat mereka tersebut berdasarkan prinsip keyakinan yang mereka pegang, tetapi juga didorong oleh adanya ketakutan bahwa praktek-praktek keagamaan Yahudi akan menjadi target berikutnya untuk dilarang.

    Menurut mereka hal ini merupakan keprihatinan yang masuk akal: Jika pemerintah Quebec bisa melarang cadar dalam konteks tertentu, tidak menutup kemungkinan pemerintah juga akan melarang sejumlah simbol keagamaan yang berhubungan dengan yahudi.

    vs

    Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...


    Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco..sungguh memalukan..

    Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesi yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak..













    Thursday, August 26, 2010

    JPJ

    Jeritan Pagi Jumaat
    jam 9 pagi- menggelabah baru bangun pagi.janji dengan pelatih memandu jam 9.30pagi di pejabat beliau untuk bergerak ke tapak ujian
    10 pagi - Lapor diri di tapak ujian. Tunggu giliran untuk mendaftar di kaunter JPJ. dimaklumkan pendaftaran hanya bermula selepas jam 12.
    10-12 - Penantian satu penyiksaan. 12.30, masih tiada berita tentang kebenaran untuk mendaftar. 1 tgh - nekad untuk meninggalkan tapak ujian untuk solat jumaat biarpun belum mendaftar.

    Jeritan Petang Jumaat.
    2.00 ptg - Usai solat jumaat,bergegas semula ke tapak ujian. ramai orang di kaunter JPJ. Alhamdulillah, semua pOn belom mendaftar biarpOn konon2nya kata wajib daftar b4 solat jumaat.
    2.30 - menunggu giliran. hari mendung. Hampir hujan.
    4.00 ptg - my turn untuk re-test ujian motor bahagian A setelah gagal pada tahun lepas dekat brek emergency.
    4.05 ptg - nervous yang teramat. Mula meniti di atas ttitian. Angin makin kencang. Yakin makin pudar. Tiba-tiba titi nampak berbengkang bengkok....dan.....BOOM!!! jatuh dari landasan. Buat U-turn. Terima surat. CALON KANDAS!!!!!

    arghhh!!!! tension!kegagalan buat kedua kalinya!

    ***********

    Jadi Positif, Jadilah!!

    Buat yang meragui, kisah di atas merupakan kisah benar, berlaku pada tanggal 3 ramadhan yg lepas. Kegagalan, baik dalam ujian2 kelas, ujian memandu, malah dalam apa jua UJIAN bukanlah satu perkara yang menghairankan. Mengapa? hakikatnya memang setiap ujian itu akan berakhir dengan dua kebarangkalian- BERJAYA..atau GAGAL. Namun apa yang lebih penting dari keputusan, sesuatu ujian itu ialah sejauh mana usaha yang telah kita lakukan dan bagaimana sebenarnya kita menerima sesuatu keputusan itu - KECEWA?REDHA? dan sejauh mana keputusan itu menjadikan kita semakin dekat kepadaNya. Satu perkara yang pasti, Allah punya perancanganNya yang tersendiri. Allah malah jauh lebih MAHA mengetahui atas apa yang diujikan ke atas hambaNya.


    "....boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan Allah jualah yang mengetahui,sedang kamu tidak menmgetahui...."

    Jika ketentuan Allah itu yang terbaik, maka mengapa harus bersedih lagi?

    ************

    Sesuatu yang tidak dpt dinafikan ialah pahitnya sesebuah kegagalan itu. Menjadi "Positif" bukanlah bererti menafikan hakikat kegagalan itu yang sememangnya memeritkan. Tetapi mengenal peritnya GAGAL, seyogianya menghasilkan perasaan 'anti' atau 'allergic' atau serik untuk gagal semula. Tanamkan semangat itu dalam diri setiap kita. Dan seharusnya, kita bersyukur masih punya peluang untuk memperbaiki diri. Itu baru gagal di dunia, pastinya untuk yang benar2 sudah SERIK dgn kegagalan, tidak akan mahu gagal di akhirat sana. Biar jatuh meniti titian ujian motor, jangan jatuh meniti titian Sirat di sana. Nauzubillah.

    Allahua'lam...

    Sunday, August 22, 2010

    bazar ramadhan...

    Dengan nama Tuhan yang maha Agung

    waduh2..cepat banget ya.sudah seminggu rupanya kita menjalani ibadah puasa. Dah seminggu jugak menghadiri 'bazar-bazar' Mega Sale Ramadhan. Memang macam-macam ada. betul.x tipu. Mana taknya, kat bazar ni la boleh cari diskaun dosa sehingga 100% potongan!!(bulan maghfirah la katakan..), Tak kurang juga ganjaran bonus pahala berlipat lipat lipat lipat kali ganda untuk sapa yang rajin dan mahu mencari. Mudah aje. cume gores dan asah lidah untuk rajin2 membaca Quran, kuatkan tulang untuk bangun malam2, dan yang paling mudah SENYAP dan MENJAGA MULUT tuh pon buleh dapat bonus berlipat-lipat-lipat-lipat dan lipat lagi gandanya. Tuh baru sikit. ada banyakkkkkkkkk lagiiii sebenarnye bonus2 yang disediakan. Uish, besh betol lah.

    Tu lah nk bagitau ni, akak2,abang2,saya2 yang masih belum bawak hati tuh berkunjung ke 'bazar Mega Sale Ramadhan' yang "sebenar" nih, huh tunggu ape lagi. Tinggal kurang dari 3 minggu je lagi nk abis. Kalau untung malam2 da nak last tuh buleh menang 'cabutan bertuah' pakej lawatan ke malam lailatul qadar. lawatan merentasi 1000 bulan!Besh tuh!!!

    tapi dalam sibuk berbelanja n bershoping sakan untuk bekalan akhirat tuh, jangan lupa pulak niat kita. Jangan sampai terpesong. Macam beli barang, bukan KUANTITI nya sahaja yang penting, tapi KUALITI tuh jauhhhhhhh lagi penting. dan salah satu aspek penting dalam menentukan kualitinya terletak pada niatnya. Biar buat amalan2 tuh bukan setakat nk kumpul pahala banyak2 jer, but lebih dari itu ialah untuk mendapat REDHA ALLAH!! Ingat, kita bukan masuk syurga dengan pahala kita, but redha Allah itulah yang mencapaikan kita ke sana

    Wallahualam...


    Sunday, August 15, 2010

    para pencari Tuhan...(ramadhan spec.)

    laungan itu
    memecah sehening kesenyapan,
    yang masih beradu dalam kamar kenafsuan,
    petanda bermula sebuah kembara
    para pencari Tuhan.

    Kembara itu jauh.
    kembara itu sukar.
    Lihat musafir itu,
    ada yang menjenguk-jenguk cangkir
    rahmat dari Tuannya.
    mengharap ada kiranya setitis air kasih
    buat penghapus dahaga kekhilafan.
    ada pula yang berkembara,
    namun masih di takuk lama,
    nmpak bergerak, tapi statik di tempat lama,
    tiada rasa hijrah dalam jiwa,
    hanya punya penat dan lelah,
    keluh dan kesah.

    aduh...
    kembara ini bukan cuma berlapar dahaga,
    kembara ini, mesti menjaga!

    dan
    saat jelma mega merah senja
    semua berlabuh di medan kerehatan,
    mengisi bekas-bekas kejiwaan,
    buat bekalan kembara keseterusan,
    oleh para pencari Tuhan...


    p/s:moge ramadhan kali ini membawa sejuta keberkatan n penghijrahan buat para pencari redha Illahi

    Sunday, July 4, 2010

    Berjaga2...P.E.S. !!

    Dengan nama Tuhan yg Maha Agung,
    Penguasa Masa dan seluruh alam semesta..

    Assalamualaikum.

    Belakangan ini penulis mengalami sengal2 badan yg teramat.Sudah seminggu juga barangkali.Setelah di diagnose, mmg sudah sah rupa2nya penulis sedang menghidap wabak P.E.S. Lebih mencemaskan apabila melihat rakan2 di sekeliling turut sudah mula menunjukkan simptom2 awal PES (setelah pemerhatian selama hampir seminggu).

    PES...apakah?
    Kalau kalian prnh mndgr mengenai bahaya SARS, Swine flu, selesema burung dsb. sbnrnye P.E.S ini jauh lebih berbahaya kerana ia 'memakan' mangsanya dari dalam, saat mangsa tidak menyedarinya. Antara simptom2 awal PES ialah sengal2 badan,rasa mudah mengantuk,dan tidak kurang rasa amat berat utk bangun meninggalkan kerusi n laptop beserta internet.Tambah menggerunkan apabila sesetengah 'pesakit' mengalami insomnia(x leh tido) dek akibat terlalu asyek melayan movies n series yg konon2 nya sudah lama hendak diqada'.Malah jika anda berada pada tahap ke-3 penyakit PES ini, anda mungkin bukan sahaja bakal mengqada' muvies malahan juga solat suboh dek akibat kelewatan bgun pagi.
    Jika dilihat pada etiologinya, PES (post-exam syndrome) ini kebanyakannya berpunca dari keterlebihan banyak luang masa yang konon2nya dianggap lapang. Ironinya, dalam masa yg sgt lapang tersebut ramai juga pesakit yg masih tidak mampu meluangkan masa utk memberi makan kpd hati2 yg sibuk dikatakan kering,mati,mahupun kosong.Yang lebih kritikal, ade juga yg mutabaah amalnya bukan semakin bertambah malahan "ke laut" dan amat merosot. Aduhai...seperti yg dinyatakan, penulis juga tidak lari dari wabak PES ini. Oleh itu, tulisan ini amat diharap sekali dpt menyedarkan penulis n para pembaca yg mungkin juga sedang,telah atau hampir terkena wabak berbahaya ini. Moga2 bersegeralah meancang dan mencari antidote bagi syndrom PES ini. Oh, jangan pula kita hanya sibuk mencari Tuhan di saat2 exam, baru sahaja selesai kembali pula meninggalkanNya.

    "Dan apabila mereka digulung ombak yg besar seperti gunung mereka menyeru Allah dgn ikhlas beragama kepadaNya.Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka menempuh jalan yg lurus.Adapun yg mengingkari ayat2 kami hanyalah PENGKHIANAT yg tidak berterima kasih..."
    (31:32)





    Sunday, May 23, 2010


    "Perhaps losing what you have missed out on will cause you to turn to Allah and getting it will distract you from Him. This is obvious, based on the fact that were it not for this calamity you would not have turned to Him, because the real calamity is what distracts you from Him, but what makes you stand before Him is good for you and is in your best interests."

    allahua'alam

    antara aku,Dia dan kamu..

    dengan nama Allah Tuhan sekalian alam,
    Robb, al-Illah yg maha Agung,
    segala pujian kembali kepadaNya..

    "Aku harap dia leh maafkan aku"
    "oh..mintak2 la lecturer ni amek aku untuk jwb peksa"
    "mintak2 Alya suka.."

    oho.
    kadangkala dalam hidup ini, kita terlalu mengharap atau meng'expect' sesuatu dari manusia lain.
    -Sometimes... kita syang pada seseorang, kesah pd seseorang, rindu pd seseorang,kasih pd seseorang with the expectation that he/she might have the same things/feeling like u did.
    -sometimes... kita harap orang lain paham kita seperti apa/bagaimana kita mahu dipahami in our mind.
    -sometimes... kita HARAP orang lain akan paham ape bende yg kita wat,yg kite explain,yg kita bawa pada mereka dengan mudah
    -sometimes...kita care too much about our NEEDS n RIGHTS n hope OTHERS akan faham n try too fullfill them.

    hahaha..
    but..sedar or not, when we put our HOPES on creations,n not the creator Himself..we tend to be dissapointed! x percaya?
    oho.
    -berapa banyak pekerja yg mmengharap agar dinaikkan pangkat oleh bosnya akhirnya berakhir dengan berada di posisi sama selama bertahun2...
    -berapa ramai student yg nk jwb dgn cikgu yg 'easy2' akhirnya terpaksa gak jwb dgn lecturer yg strict2.
    -berapa ramai pasangan yg mengharap 'kasihnya' berbalas akhirnya kecundang akibat tiada persefahaman n pemahaman.tidak saling memahami katanya.

    oh..
    Letak lah harapmu pada penciptamu.kerna Dia yg pasti yg lebih tahu ape yg terbaik untukmu.

    oh..dan anda juga tidak terkecuali para dai'e..
    instead of berkata
    "harap adik2 boleh paham ape yg aku nk bawak.."
    OR
    "harap adik2 ini boleh berubah.."

    Or ape2 jua yg mungkin terlintas di benak anda....ingatlah mungkin kata2 ini lebih manis :

    "harap ALLAH memberi kefahaman kepada adik2 itu.." OR
    "harap ALLAH memberi ruang untuk adik2 itu berubah.."

    seperti tiada beza??see it again!! they'r totally different!!

    put ur hopes and expectation on ALLAH!!
    and let Him choose what's the best for u...

    Allahua'lam...

    Thursday, May 20, 2010

    Apa..Siapa..(aku sudah jadi kuat)

    Buat si hati..

    Gerangan apa kau bersedih?
    Kerana siapa kau menangis?
    Tujuan apa kau berduka?
    pada SIApa kau tuju cinta?

    mungkin ini masa
    utk semula..
    luruskan prioriti!
    set destinasi!
    bangkitkan diri!

    Buat adik....

    Dengan Lafaz Agung aku mulakan bicara ini...

    Assalamualaikum...

    Adik...

    Tiada niatku membuatmu marah mahupun bersedih,
    sungguh ku harap amat kau memahami.
    mungkin caraku berbeda,
    mungkin ade yg kurang kena,
    namun hakikatnya, aku lakukan semua
    keranaNya...

    dan, andai kau masih belum mampu menerima,
    andai kau masih ingin memendam rasa
    membawa hati rajukmu,
    andai kau ingin lihatku rebah dalam keegoanmu...
    mengaku itu silapku..
    TIDAK
    cukup aku katakan...
    aku hanya berserah padaNya,
    aku sudah bangkit dari kerebahan itu,
    dan aku akan teruskan langkahku..

    biarpun tanpamu......

    "maka jika kamu berpaling,aku tidak meminta
    imbalan sedikit pun darimu.imbalanku tidak
    lain hanyalah dari Allah........"
    (10:72)

    Sunday, March 28, 2010

    cinta dunia??

    bismillahirrahmanirrahim...

    kenape perlu kejar dunia?
    boleh x nk cinta dunia?
    cinta akhirat ke cinta dunia ek?
    kene seimbang la kannn???
    ke x???
    emmmm....
    ....
    ...
    kwn saye kate:


    "kejarlah dunia...
    tapi jangan mencintainya..
    kejarlah dunia..
    kerana cintamu pada akhirat sana..
    kejar duniamu sehabis daya..
    namun sepaklah ia sekuat mana..
    saat kau dakapnya..
    agar x tertipu dek racun CINTA dunia..."

    Wednesday, March 24, 2010

    F.A.S.H.I.O.N