Sunday, December 20, 2009

kalau memang itu takdirnya...

Dengan nama Allah,
Tuhan yang Maha Kuasa,
pemilik segala kekuatan,
penentu segala ketakdiran...


pandang kanan..
lemah.goyah.sedih.tak yakin.
masih ade ruang untuk dibaiki

pandang kiri..
berbelah bahagi.sedih.pilu.confused.
moge persahabatan itu kekal.

tengok belakang..
yakin.harap.coba.usaha.
gambatte!

pandang atas...
mengharap.malu.redha.
berikanlah aku kekuatan
kalau itu memang takdir ketentuanMu.



Saturday, December 12, 2009

kepala kanan vs kepala kiri

-sejuknyerr kt luar tuh..malas lar nk pi kelas..
+la...sejuk lar best.x panas.ish3..menuntut ilmu tu kan utk dpt redha Allah. bersusah payah nk dpt redha Allah itu barulah manis.

-tapi jalan basah lar.licin pulak tuh.bahaya.x baik kan membahayakan keselamatan diri?? ingat lar orang yg tersayang. hah..klu jatuh macam mane??
+klu jatuh..bangun lar.teruskan perjalanan.ish memang dlm hidup ni byk cabaran pOn.ini baru salji sikit.sejuk sikit. x kan dah rase malas dah??jalan mana pOn yg kau lalu dlm hidup ni mmg akan berliku2.masing2 ade 'licin' dan 'bahayanya' sendiri.kalau halangan semudah ni pOn x boleh nk hadapi macam mane dgn halangan2 yg lebih besar nnti.belajar lar dari kesusahan!ingat time zaman Nabi dulu, ape ko ingat senang2 jer nabi turun,terus keluar cahaya dan semua orang beriman dan sujud terus pada Allah?tidak bukan?even Nabi pOn pernah dibalingi batu..inikan pula setakat "rasa takut" tergelincir.

-daaa...tapi kene pakai baju tebal2.rimasss lar.da lar kengkadang garderob penoh..
+ish.tadi sejuk.ni rimas pulak.time ni lar bagus.senang sket nk jaga pandangan.xde lar dok sebok tgk minah ruski terbelah sane terbelah sini.kurangggg sket dose.insyAllah..

-ala..still LECEH lar.BERAT tuh pakai berlapis2..possibilities utk jatuh amat tinggi.ish kang tergelincir...
+ooo..berat baju ko hiraukan pulak ek.berat dosa yg banyak bertimbun2 yg ari2 ko pikul tuh x amek kira plak??ari2 dok tambah..tambah..lagi..nasib bek x nmpak ko taw x??yg tuh lagi lar possibilities utk tergelincir time meniti titian Sirot nnti lagiiii tinggi..beringat sikit!!

-ish..ke situ plak die nih..emm..skunk nih malam panjang sgt ar..kejap jer da maghrib..pastuh pukul 8 daa ngantok..camne nk study cam nih...
+la..yg tuh baguihh!hang ngantuk..hang tido lar awal.pastuh set jam pukul 3 pagi bgn.pastuh pi lar study.smbil2 tuh tambah amal sket.wat qiam kaaa.solat taubat kaaa.kasik tampung sket BERAT dose hang tuh..

-klu camtuh nnti ngantok lar pagii tuh. xboleh fokus wak...
+ish.sape kate camtuh.klu nk taw, qiam lar sebenarnye rahsia utk cergas setiap pagi.sebb klu awk qiam,nnti 3 ikatan kt badan awak akan terlerai...

-3 ikatan???ikatan aper??buku sila??simpul manuk???
+ikatan setann....:
"Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi;” Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).

-tapi....
+tapi ape lagih??haih..nk seribu daya x nk seribu dalih.klw nk rasa nk reda Allah berusaha lar buat.klw rase diri dah sempurna sangat, buat lar ape yg awak rase betol.ish..daaa ngantok ar.tido jom.kite smbung esok2...

ZZzzZZZzz


wallahualam..

Sunday, December 6, 2009

kerna aku seorang manusia...

ya akhi..
aku juga insani,

sempurna tiada padaku,
lemah itu sifatku,
memperbaik itu niatku,
Al Kamil itu tujuanku..
pada Ar-Rahman tuju doaku..

andai adil tiada padaku
zalim juga bukan maksudku

ya akhi...
andai hatimu rasa terguris,
andai aku terlepas garis,
maafkanlah...
bukan niat memilih kasih
tidak tujuan hendak menyisih,
cuma terkadang..laku terlebih..

kerana...
aku seorang manusia..


p/s; specially dedicated to TempE..

Friday, December 4, 2009

denda

Ya Robbi Tuhan yang Maha Mengetahui..
perancang yang hakiki..
dengan namaMU aku menulis...

salam..

result MSA dah kuar..emm ramai gak x puas ati sgt..saya??emm..sejujurnya penulis rasa biasa sahaja n memang patut kot keputusan yg sedemikian. Bukan maksud penulis memperlekehkan atau mengambil mudah apabila melihat MSA jatuh ke tangan golongan bukan muslimin sbg pemimpinnya, tetapi mungkin penulis lebih melihat kepada sunnatullah ketetapan Illahi..

melihat kpd persiapan teliti dan mantap dari calon presiden tersebut, memang tidak diragui lagi kemampuannya untuk meraih undi dari segenap pelajar Volgo. Malah tidak malu untuk penulis katakan bahawa terdetik juga di hati ini untuk mengundi beliau. Mujur x undi..he3..

ade owang kate kite dah hilang satu medium apabila MSA bernaung di bwh non-muslim.hm?? ntahlah..sbb selama nih MSA berada bwh seorang muslim sejauh mana pulak kita gunakan medium ini??dan andaipoN kepala nye adalah seorang non-muslm tetapi saya kira AJk di bwh naungan beliau x kurang juga ramainya dari muslim sendiri..

Penulis akui, mungkin selepas ini gerakan dakwah ini akan menjadi lebih sukar. Lagi2 apabila sebuah 'raksasa MSA' yg selama ini hanya 'tidur' dikejutkan dari lena panjangnya dan bakal 'mengganas' dgn aktiviti2 nya.

Namun, mungkin inilah cabaran dan 'denda' yg harus diterima apabila kita terlalu lambat dan malas bergerak. Mungkin ia satu beban, namun jangan jadikan ia satu alasan. Sebaliknya perkara seperti ini harapnya bisa menjadi batu loncatan atau turning point untuk kita sama2 bermuhasabah, bermuzakarah dan merancang semula strategi terbaik untuk sama2 memartabatkan Islam.


p/s: Tulisan ini ditulis untuk sama2 mengingatkan diri penulis terutama2 nya yang sering lalai dan terleka..

Wallahua'lam..

nasik dan bubur

hari ni diorang gelak
hari ni diorang sorak
orang aku semua terbeliak
tengok diorang melalak..

orang suruh datang
orang suruh siap siaga
orang suruh undi

ade gak wat keras kepala,
dok bilik sambil bwat2 baca,
or tengok muvie jugak cerita...
men masak2 pon ada..
x kurang yang rehat just sajer2

ahh...
ape pOn nasik jadi bubur..
tapi x maksud kita terkubur,
bukan maksud kita tersungkur..
mungkin selama nih mata kabur..
or diri masir blur..blur...

skarang mata kena luas..
perancangan kena deras
ilmu kasik luas..
biarpon nasik dah jadi bubur,
biarlah "kepala" bukan kita
x maksud kita x boleh menabur..

tambahkan garam,letakkan gula,
gaul biar jadi acuan kita..
jangan biarkan bubur terus hangus..
nanti susah nk kene 'berus'.
hangit hitam dalam hati..

kau tanye macam mana??
bukak fikiran dan bukak mata
yg kt bawah tuh still byak dari 'kita'
bukan maksud kene putus asa,
kan kita tengah tunggu 'masa'

manusia punya asa..
Tuhan punya kuasa,
Dia penentu segala..
mungkin maksud kita belum sedia,
nk pegang kuasa..
ingat jgn lupa..
Tuhan juga penentu segala..


wallahua'lam..

Thursday, December 3, 2009

gulai kambing k.Ma yg enak vs ..........

dengan nama Tuhan yg Maha Pengasih..

As-Salam...

lamenyer x menulis...apa khabar iman hari ini??uish..sekejap betol mase berlalu..pejam celik2 rupe2nye dah seminggu jugak raye korban berlalu. Sambut sudah, dgr forum sudah, ceramah sudah, makan gulai kambing pon sudah..sedap betol gulai kambing arituh..x sia2 kambing tuh terkorban..he3

kambing dah terkorban dah..kita pulak bila lagi? camne semangat/roh korban dalam diri kita nih ye agaknya? masih membara bara lagi kah?masih ade lagi terasa bahangnye?(lepas raya korban laaaa katenyer)...atau sudah tinggal suam2 kuku or memang dah membeku sejak seminggu lepas??(nauzubillah)..tepuk dada..tanya lah iman masing2 yer.

Mungkin ini masa terbaik untuk KITA same2 membuat refleksi apekah raya korban@haji@aidil adha yang kita sambut itu hanya tinggal sambutan, ataukah benar2 kita dapat memahami maksud sebenar pengorbanan?atau adakah kata KORBAN sekadar meniti di bibir, menyelusup seketika ke gegendang telinga lantas terpantul keluar tanpa sempat menyinggah ke dalam hati nurani ini???

bagaimana pula manifestasi cinta teragung KITA pada si Robb?semakin bertambah kah pengorbanan kita utk dinnul hak yg tercinta ini??Ikhlskah kita dalam ibadat sehari2? mutabaah amal semakin meningkat?ada korbankan sedikit tidur malam utk qiam biarpun seminggu sekali?mentadabbur warkah cinta dariNya??

ahh...penulis juga pOn malas nk cakap banyak.memang mudah berkata..mudah menulis...tapi x semudah itu untuk melaksanakan.Maka atas dasar itulah KITA perlu saling menasihat dan memperingat..x gitu?? dan sama2lah berusaha mencapai reda Illahi.

p/s:Tulisan ini ditulis utk mengingatkan terutamanya diri penulis sendiri yg terlalu byk kelemahan dan kekurangan...

wallahua'lam

Sunday, November 22, 2009

have u call ur home today?

dengan nama Allah yg Maha Mengetahui,
Tuhan pemilik jiwa ini...

have u call the beloved one today?have u ever heard any news from them?boring already huh asek call ajer? dunno wat to say when call them??

being the youngest n the 'farthest' in a family of 6,really sometimes bother me. Away from home, really make me miss all the moments in Malaysia.especially my mak's speciality : 'ayam gulai merah ungkep' ..hah. teringat my mum pesan, "dont forget to call home, at least once in a forthnite or else Mak will call"..
to be honest, i'd rather call home than to receive a call from home. why? well..bcoz when ur home call, that's mean sumting important is happening..or of coz if ur family is missing u in which case, u shud might consider urself as a bad fmily membr for letting others to miss u..ha3..(nih mesti kes jarang sgt call umah nih).dun wory though coz me myself is not a very good anak too.
haiyaa...when the home calls, it's always either a good news or a baddddd one. in most cases the later of coz. i still remember that it was last year around 'raye korban' when i received a call telling me that one of my cousin 'terkorban' in a motorcycle accident. 'cerez' 3 months, i lost my pak long, followed by his wife about a month later. (al-fatihah to all of them..)

n juz yesterday, I received another phone call from my sis..guess wat? yeah im losing my sis-in-law.another one person that i respect n love the most. (al-fatihah to her too..takziah to abg long n genduk)

the truth is, im actually very scared of losing those people around me.those who i love the most..especially my mak n abah. it's not like im praying for their death(nauzibillah), but im juz telling u the reality here. my father is like already 65++ while my Mak is like 55++ ..n in this such age, anything could happen.i mean like ANYTHING. all that i can hope is, that even if i have to loose them(which i obviously will**)..plzz ya Allah, let me be at least there on their sides.be rite there, until their very last seconds in this world..amin.insyAllah. bcoz i do reallize this;

**"tidak ada satu umat pun yg dpt mendahului ajanya, dan tidak (pula) dapt meminta penundaan(nya)"
(15:5)


Being this far, is really sumting heh?? but wat can we do?that's life. it's full of difficulties, cabaran n so on..so,should i regret of being here?nope!! coz i believe that Allah knows the best for me.. yeah mayb i'll cry somtimes, but i believe that this cry is the one that will make me stronger to keep melangkah in this world. n always remember this:
"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan, hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?"
(29:2)

hargailah n ingatlah insan yg tersayang. Wallahualam. jgn lupe call umah!

Sunday, November 1, 2009

alam.uji

dengan nama Tuhan yg Maha Menciptakan..
Penguasa alam sekaliaan....

"Allah yg menciptakan tujuh langit dan dari bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Mahakuasa atas sesuatu, dan ilmu Allah benar2 meliputi segala sesuatu" (65:12)

"...bicara halus si Rabb punyai keterbekasan sendiri pada alam ini, buat yang bisa mengerti, mencari dan memikir agungnya kuasa Si Esa. Seringkali, dalam keseniaan teragung itu, tersingkap jawaban mahupun rahsia uji dari Illahi untuk melihat, menguji mahupun menilai kesungguhan insani itu dalam usaha mencari redha Illahi..."


andai bisa kau mengertikan....

undur bukan kemerajukan,
bukan kekalahan,
bukan kenafiaan..
mungkin sekadar mencari ruang kekosongan,
agar ada jiwa keterhormatan..

andai bisa kau mengertikan..

Sunday, October 25, 2009

PerTaMa iTU saBar..

bismillahirahmanirohim...
dengan lafaz paling Agung...
aku menulis....

Ya Allah, tabahkanlah hati ini
teguhkanlah pendirian ini,
tsabitkanlah diri ini,

seperti hendak lari rasanya jauh ke hujung dunia, mahu gugur jantung pon ade. al maklumler semalam merupakan "kruzhok" pertama yg cube aku bawa sendiri secara official. klu ikutkn hati nih, memang berbelah bahagi. al-maklum-lar dengan kondisi diri+hati+iman yg masih teramat lemah ini, argh mmg x mampu. tapi, dlm mase yg same ade jer suare2 memujuk dari dalam hati ini yg menyuruh aku mencuba juga...dan akhirnya...peristiwa semalam pon terjadi...

bermula selepas isyak, hati aku sudah makin kuat berkocak..ku beranikan diri..dan dengan 'makaroni goreng' yg sudah tersedia di tangan aku melangkah masuk ke bilik 106."ya Allah...entah bagaimana harus ku mulakan.."

selepas hampir 5 minit menunggu akhirnya kesemua ahli2 kruzok pon tiba. pelbagai reaksi bisa terlihat.ade yg semangat.ade yg biasa2 ajor,ade jugak yg berbuke masam gelugur.malas melayan kerenah anak2 kecil itu, bacaan al-quran dimulakan..
"bagus gak klw pasnih wat tajwid...", bisik hati kecilku...

tamat tilawah.."nk tanye sikit tajwid buleh?" dan tiba2...

"x payah lar..", jawab one of them..sambil tutup Quran..pass it to the other guy on his right..n just sit there..silently..

all my mind just went BLaNk suddenly..
dan..pada saat itu...
aku mula sedar...untuk menyentuh hati manusia,bukan semudah memetik jari...
perlu rahmat kasih Illahi..
perlu hidayah dari yg Abadi...

dengan mental yg terlayu..aku tamatkan kruzhok itu..dan berlalu..

dlm diam bisik hati seakan memujuk.."xpe, insyAllah minggu depan akan lebih baik lagi..."

wallahualam...

Sunday, October 18, 2009

Ketiduran...

Dengan nama Alalh yg Maha Mengetahui segala isi hati..
maka dengan namaNya aku menulis..

Assalamualaikum...

lame rasenye x menulis di sini. bukan tulis jer..jenguk pon jarang sekali. mungkin sbb kethandusan idea, mungkin kerna kesuntukan masa..tapi sejujurnya itu semua sebenarnya hanyalah alasan atau "exuse" kepada satu jawapan mudah - MALAS -.

JUujur penulis katakan di sini, entah tak tahu di mana silapnya,tiap kali ingin menulis disini,kemalasan itu mencengkam diri dgn dihiasi indahnya futur2 alasan duniawi.dan mungkin kerna terlalu lena tidur,habis penulis terkadang terlupa untuk 'menyiram' benih 'pokok' utama dlm diri ini. lantas menjadi lah aku tergolong dari mereka yg rugi.

tapi
sampai bile nk tidorrrr ajer.bukan bererti lena itu harus selamanya..tersedar di sini, mungkin penulis merasakan inilah masanya untuk bangkit semula, bermula semula dari seketul bata hingga nanti menjadi sebuah kota.

teringat pula senda gurau seorang sahabat. "..jangan tidor banyak sgt kat dunia nih, nanti kat kubur x lena nk tidur..."

biarpOn bernada gurauan tapi jika dilihat semula, mungkin ada juga benarnya. spt mereka yg terlalu lama tidur siang hingga susah nk tidur malam, mungkin nasib kita juga begitu kiranya terlalu asyik 'terlena' di dunia ini. asyik 'tidur' hingga terlupa tanggungjawab yg sebenarnye terpikul di bahu ini.

maka..insyAllah, biar dikekang masa dan kesibukan duniawi, penulis berazam untuk mencuba sedaya usaha untuk istiqamah dlm meng'update' blog yg x seberapa ini. bukan untuk mencari puji..atau untuk mendapat komen yg lain tapi hakikatnye, penulis sedar..mungkin this is one of the way to prove that i am istiqamah in this route...not to others but rather - to myself.
Ini KIPAS aku...maka ak perlu belajar untuk memutarnya..belajar menggerakkannya.moge api ini terus membara...ya Allah sungguh ak memohon padaMu..

Friday, July 3, 2009

tak makan....

kejadian 1...zaman sekarang

A:bukan ak wat pape pOn.Pegang tangan jer pOn.

B:Abis tu ko ingat pegang tangan x dose?kan Allah kate jangan dekati zina.

A:ak taw lar tuh.pandai2 ar ak jage diri. yg ko nk nyibuk dalam hidup ak nih apehal? tahu lar ak jage diri.KO x pernah kapel buleh arr cakap. ko x taw camne perasaannye.biase ar klu orang kapel.tgk arr nanti klu ko dah kapel baru ko rase.ak nk tgk camne ko wat

B:(terdiam..xtaw nk ckp per)

A:dah lar menyesal ak cite kat ko.lantak aku lar.kubur masing2.suke ak ar nk wat ape.memang skunk nih ak dah jadi jahat.ko x yah arr cube2 nk bagi nasihat kt aku.ak dah x makan dah nasihat2 nih.

B:ye lar.Sementara blom masuk kubur masing2 ar ak nasihat nih.kang dah kt kubur ko buat arr hal ko sindri.ade ak kate ko jahat ke?? ak xde lar bagi nasihat, cume nk ingatkan ko jer sebagai sowang kawan...


******
* klu anda prnh mengalaminya - SABARje lah..

check this out :
(26:135-137)

135 - sesungguhnya ak takut kamu akan ditimpa azab pada hari yg besar
136 - mereka menjawab "sama sahaja bagi kami,apakah engkau memberi nasihat atau tidak
137 - ini tidak lain hanyalah adat kebiasaan orang-orang terdahulu


wallahua'alam...

Saturday, June 27, 2009

Volgo dilanda kemarau!!!

dalam terik summer di bumi Volgograd ini, kemarau peperiksaan yg melande baru sahaja surut kepada suhu normal.Namun,ape yg dapat dilihat adelah kesan2 yg tertinggal dek panasnya bahang kemarau itu.

ramai mangsa yang berjaya melepasinya dengan selamat,malah ade yg baik dan dalam keadaan sihat walafiat wal cemerlang...tidak kurang juga yg tersembam di medan pertempuran, rentung dibakar bahang kepanasannya..yg kurang menyediakan bekalan "air simpanan", terkandas terkulai kehausan..layu dibahang bara kemarau.

biarpun dengan pelbagai cara n ragam (baik disertai "drama" mahupn tidak), semuanya berusaha utk memberikan yg terbaik dlm menghadapi kemarau ini.mujur tiada yg meminta pertolongan si "toyol", biarpun ramai juga yg sibuk mengadakan mesyuarat2 tingkap secara rahsia di medan pertempuran.kononnya memasang strategi dan mencari jawapan terbaik sbg penyelesaian kpd kemarau ini..

Dalam hiruk pikuk kesibukan dan keglabahan,trdapat juga golongan yg masih tidak melupakan Tuhannya-Si Kuasa yg Maha Mengetahui.Tidak hanya sibuk menyediakan bekalan simpanan air, malah masih sempat melaksanakan 'solat minta hujan' agar segera turunya hujan2 rahmat supaya mudah menghadapi kemarau ini. dan mungkin ini yg kadangkala kita terlepas pandang,dalam kesibukan usaha individu mempersiapkan bekalan, seharusnya tidak dilupa akan kuasa yg lebih hebat di atas mereka..siapa lagi klu bukan Ar-Rahman robb Tuhan sekalian alam..dan, wajarkah pula golongan yg hanya mula bersoalat dan mengingat Tuhannya (sambil mengaharap hujan2 rahmat) hanya apabila 'kemarau' melanda sahaja??

bagaimana keadaanya "pre-" and "post-" kemarau itu?apekah manusia akan mula alpa kembali pada yg Maha Esa???

sekian...
berita dilaporkan oleh sikakicagu..

notakakicagu: membaca lalu memikir...berbaca lalu berfikir..

Tuesday, June 9, 2009

kiamaT sudaH deKat..

salam..
dear kamoo

kecuakan tahap mega melanda diriku...ye lar mane x nyer..tinggal 9 hari
lagi jerk final exam nk start! 9 hari dik oi!!! byk gile bende nk bace..da lar mmg
x taw ape2 pOn physio. Biochem?? lagi lar giler..dgn structure yg ntah pape
mintak2 x dpt pemeriksa yg pyscho.wat member2 kt moscow yg daa nk balik umah tuh..
aku benci kowang. ane leh sesuke jer balik awal giler..tension tol.

Oh wat adik2 1st year..hahaha, sabar lar yer..kowang balik
laaaaagiiiiiiii lammmmmmmbatttttt dari kitowang..haha3..ape2 pOn
itulah hidop..hmm..pesanan penaja : exam2 gak, ingat Allah jgn luper.he3.. selamat
maju jaya!!! dOakan ler aku pass exam nih dgn cemerlang!! ha3..mintak2 lar x dpt
radion or alexandra..fuh...amin....

p/s: dalam cuak2 nk exam nih pON still kene hafal razkaz ruski tok dpt zacot..
haih...sabor je lar...

Tuesday, June 2, 2009

emo..

salam
dear kamoo

semalam gado beso..dgn my best ever buddy.
ntah kenape jadi sgt emo. sgt benci akan diriku
yg tetibe emo. to my dearest, mintak maap. diriku
sgt emO. ak x patut pakse ko ape2. nk letak gambo,
but baru reallize..we never had a pic. together. r we
even fren??ntahler...

p/s: berkawanlah kerana Allah.Maka syg or mrh nye
kamu pun kerana Allah..

Friday, May 29, 2009

dOKToR vs peNg-aNggUr

salam..
dear kamoo..


semalam time gua jalan2 sambil bershopping-tingkap di salah satu mall terfamous di Volgograd ini,gua ternampak 2 jenis makhluk yg sangat pelik.bukanlar mereka ini alien atau terminator,robot mahupun orang berhidung babi..tetapi mereka ini adelah seorang penganggur n sorang doktor (pakai white coat doktor n ade name-tag tulis Dr.****) yang sedang dok melepak2 sambil berbual2 n menghisap rokok di sudut toilet berhampiran "SELA Fashion store"..

yang penganggur tu gua x pelik lar kan klu dok melepak2 c2 tapi yg doktor tuh apehal pulak??time tuh jam tangan "sapphire" di tangan gua tepat menunjukkan kol 15 minit melepasi 11 pagi. X pergi kerje kah??tapi waaa buat cool je lar kan.MayB die tgh sarapan ke..tapi pas hampir 4 jam gua ronde2 mall tuh..mereka masih di situ.lantas menimbulkan tande tanye kt kepala otak gua..

"Apahal si doktor tuh?x tahu tunai tanggungjawab ke?daaaa lar pakai lab coat putih siap bername-tag lagi...kasi malu sama seluruh profesen kedoktoran aje..x blaja ke deontology??"

tapi disebabkan gua cool...gua pon wat relax jah.tapi ape keje gua kecoh2 tulis tetibe pasal mamat doktor x bertanggungjawab tuh kan??xde ar..gua cume terpikir jer..camne kt dunia nih, byk jer manusia yg BERPAKAIAN mahupun BERGELAR dengan profesion yg diorang miliki..but x reti n tunai tanggungjawab sindri.cam doktor tuh,klu die wat camtuh kan..same je lar DOKTOR n PENGANGGUR tuh..x gitu???same gak arrr..dunia skunk nih, byk jer kate die muslim,islam, tapi sejauh mane??adekah setakat pada NAMA n PaKAIAN sahaja??tanggungjawab???

kalau seorang yg bukan Islam x pernah bace quran, ape beza nyer dgn orang Islam yg bace quran pon sekali sekala jer...cth len x tutup aurat ke..ape2 ker...same je lar kot...entah lar..gua pOn x taw pehal tetibe mengarut sampai cni..tapi sindri mahu ingat lar!!!

Tuesday, May 26, 2009

Futsal...(BTB)

salam...
dear kamoo...

my first time playin' futsal..ha3.
not bad..
my team..(Bukan Team Bangku) vs de Syaitan Merah...
n of coz..we all menang 2-1..hahhaa..



Bukan Team Bangku



de Syaitan Merah

Monday, May 25, 2009

Cahaya berganda...

salam..
dear kamoo..

Selepas ketensioNan study tok exam praktikal "nursing"(padahal gua bukan nak jadi nurse pon) hari nih gua rasa amat gumbira.ha3.mane x nyer..sowang lagi anak sedara gua telah kelahiran..so menjadikan jumlah rasmi anak sedaraku..emmmm...8 kot..(x ingat daaa) Papepon.. tahniah kepada Pn. Lutfiah Natrah atas kelahiran anak tersebut.tak dilupa kepada
Pn. Maizatulshifak yg melahirkan anak sebulan lebih awal.aiyooOOooo...mkin banyak
anak sedara makin kopak lar gua jawabnyer hari raye nih..hahah..papepOn..alhamdulillah..
bile lar gua plak nk dapat anak nih..



*gambor sebagai hiasan..
.

Thursday, May 21, 2009

masuk "dalam" sikit bang!!!

masuk dalam lagi bang,
kasi sampai yang paling dalam...
masuk dalam lagi bang,
barulah nama sejati..

masuk dalam lagi bang,
jangan cume kat tepi2...
masuk dalam lagi bang,
barulah ade hasil nanti...
masuk dalam lagi bang,
dalam nih byk ruang lagi...
masuk dalam lagi bang,
keluarkan keringat sejati...
masuk dalam lagi bang,
azam jangan henti...

masuk dalam lagi bang,
masuk kasi penuh,
bukan separuh2..
sebab...
kt luar tuh banyak setan menanti...
masuk dalam lagi bang,
baru kukuh pegangan hati...
masuk dalam lagi bang,
itulah baru muslim sejati..


"..masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhan, dan janganlah kamu menurut
jejak langkah syaitan...." (AlBaqarah: 208)

Saturday, May 16, 2009

hari ini dan guru...

dgn nama Allah..
.


yeah!!had just finish my microbes test..hua3..
since today is Teachers day..(klu kt meleysia lar..) so nk dedicate sumting
to all cikgu n cikgi di malaysia..

guru,
kasihmu seputih salju,
hening mendingin kalbu,
meresapi litupan baldu-baldu
keegoan insan seperti aku...
mengulit mimpi baru,
buat anak desa itu...

cikgu,
semalam mimpi aku padamu,
kau masih di situ,
berdiri tak pernah jemu,
meleter, memarahi kekadang membisu..
'taksub' menyampai ilmu,
buat pemuda lapisan bangsamu...
dengan pen merah dan biru
masih di tersangkut di bucu saku,

ahhh...cikgu,
aku rindu saat itu,
kala semua masih di situ,
berkumpul di sudut ilmu,
berbincang ini dan itu,
hal2 agama hingga ke jamu,
dari sejarah hingga ke baju,
dari bahasa sampai ke artis baru..
semua ku 'balut' jadikan ilmu...
saat manis bersamamu...
dan aku.....rindu...

Wednesday, May 13, 2009

"setiap kali ALLAH s.w.t menutup pintu rezeki ,maka DIA akan membuka enam atau tujuh pintu yang lain..tetapi dengan bodoh-kita sering berkeluh kesah.."Ya ALLAH,mengapa Kau tutup jalan ini??"Kadang2 ALLAH menutup satu pintu untuk membuka banyak pintu,di saat kita melihat dunia ini penuh kegelapan,saat itu ketahuilah bahawa AL-WAKIL kita tidak pernah meninggalkan kita,bahkan dia akan membuka pintu rezeki lain yang kita ridhai dan sukai...oleh itu didiklah hati dengan rasa tawakkal.."

sungai ini nyaman!!




ini sungai volga. antara yang terpanjang kat rusia. luas n dalam kan??
aku suka sungai volga sbb nama bandar tempat aku duduk
n study skunk diamek sempena sungai ini.

walaupun nmpak biase jer, tapi sungai nih dah banyak berjasa
kat orang2 cnih..ye lar bgi sumber rezeki kat diorang dan sebagainya...
kt cni gak lar tempak aku picnic arituh...



tapi klu tengok dalam2 lagi...(bukan dalam sungai larrrrr...) klu pikir
jauh2 lagi maksud aku, rezeki nih sume Allah yg bagi..
jadi bersyukur la pade Allah...Alhamdulillah. banyaknya nimat Allah..
sayanggggggg Allah.....

tapi sejauh mane plak manusia nih bersyukur??
renung2kan..n selamat beramal..hehe

masa = time

it wasn't really took long b4 ma 2nd post..
arghhh...cant stand the 'kejakunan' to post
sumtin'...
hahahhaa..
wanna share wif u guys dis...

masa...
bagai pedang lagak tajamnya,
umpama emas nilai harganya,
gitulah gamak bunyi kata-kata...

namun manusia,
sering leka dalam alpa,
sering tidur dalam jaga,
pelik bukan??
"emas" dibuang begitu sahaja,
"pedang" dibiar memancung kepala...

saat ada bazir-bazirkan,
saat lapang tangguh-tangguhkan,
saat teanang riuh riuhkan..

bukankah Tuhan ada janjinya,
rugi manusia di dalam masa,
dulu, kini baik selamanya,
kecuali bagi mereka manusia,
yang tidak lupa
akan Tuhannya,
pada ingatan yang Maha Esa,
saling berpesan sesama manusia....


*ps: hargai setiap masa yang kita ada...

1..2...3... testing2

salam.

1..2...3.. testing2. waaaaa this is ma very 1st post. still blurr..
dunno where to start..but insyAllah ill try ma best to luangkan
my time to post sumtin here..waaa...i think it's gonna be long b4
my next post.. got biochem n microbes colloqium this week...
then medical care exam...plus final exam 'cerez' 3 weeks..

waaaa....doakan can do my best...