Sunday, July 4, 2010

Berjaga2...P.E.S. !!

Dengan nama Tuhan yg Maha Agung,
Penguasa Masa dan seluruh alam semesta..

Assalamualaikum.

Belakangan ini penulis mengalami sengal2 badan yg teramat.Sudah seminggu juga barangkali.Setelah di diagnose, mmg sudah sah rupa2nya penulis sedang menghidap wabak P.E.S. Lebih mencemaskan apabila melihat rakan2 di sekeliling turut sudah mula menunjukkan simptom2 awal PES (setelah pemerhatian selama hampir seminggu).

PES...apakah?
Kalau kalian prnh mndgr mengenai bahaya SARS, Swine flu, selesema burung dsb. sbnrnye P.E.S ini jauh lebih berbahaya kerana ia 'memakan' mangsanya dari dalam, saat mangsa tidak menyedarinya. Antara simptom2 awal PES ialah sengal2 badan,rasa mudah mengantuk,dan tidak kurang rasa amat berat utk bangun meninggalkan kerusi n laptop beserta internet.Tambah menggerunkan apabila sesetengah 'pesakit' mengalami insomnia(x leh tido) dek akibat terlalu asyek melayan movies n series yg konon2 nya sudah lama hendak diqada'.Malah jika anda berada pada tahap ke-3 penyakit PES ini, anda mungkin bukan sahaja bakal mengqada' muvies malahan juga solat suboh dek akibat kelewatan bgun pagi.
Jika dilihat pada etiologinya, PES (post-exam syndrome) ini kebanyakannya berpunca dari keterlebihan banyak luang masa yang konon2nya dianggap lapang. Ironinya, dalam masa yg sgt lapang tersebut ramai juga pesakit yg masih tidak mampu meluangkan masa utk memberi makan kpd hati2 yg sibuk dikatakan kering,mati,mahupun kosong.Yang lebih kritikal, ade juga yg mutabaah amalnya bukan semakin bertambah malahan "ke laut" dan amat merosot. Aduhai...seperti yg dinyatakan, penulis juga tidak lari dari wabak PES ini. Oleh itu, tulisan ini amat diharap sekali dpt menyedarkan penulis n para pembaca yg mungkin juga sedang,telah atau hampir terkena wabak berbahaya ini. Moga2 bersegeralah meancang dan mencari antidote bagi syndrom PES ini. Oh, jangan pula kita hanya sibuk mencari Tuhan di saat2 exam, baru sahaja selesai kembali pula meninggalkanNya.

"Dan apabila mereka digulung ombak yg besar seperti gunung mereka menyeru Allah dgn ikhlas beragama kepadaNya.Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka menempuh jalan yg lurus.Adapun yg mengingkari ayat2 kami hanyalah PENGKHIANAT yg tidak berterima kasih..."
(31:32)