Sunday, December 11, 2011

Isu2 : Dua

Assalamualaikum...

Pada hari ini aku nk merapu pasal isu "dua"..yes 2..bukan du'a bukan gak doa...
eceli beberapa ari lepas ade la pertandingan mengarang sajak anjuran satu persatuan kat sini,
cuba punya cuba, akhirnya aku dpt la no. dua . bersyukur occay! (read: Alhamdulillah). Ko ingat senang nak buat?
Bukan ape sebenarnye aku ni agak pemalu la nk tayang2 or tunjuk konon2nya hasil karya aku (padahal semua dari Allah), tapi sebab aku rasa apa salahnya kalau aku nk tayang pon, kan?lantak la ko nak kata x best ke, x patut menang ke...ape ke...ade aku kesah??
ok...kalau ko pandai ko try la amek ape mesej yg nk disampaikan dalam sajak ni....enjoy!! (klu x nk enjoy boleh kluar senyap2 dan tekan butang pangkah kat sudut sebelah kanan tu)


"Rumah-Cinta-Ini"

Rebah dalam sujud ini
disapa bayu dinginnya subuh
dalam basah wudhuk
dipeluk rasa rindu Illahi

rumah ini
rumah cinta aku
rumah ini, tanda cinta aku!
biar mulanya sebesar suku…
sebata jadi sedinding
sedinding jadi sekamar..
sejengkal jadi sedepa,
sedepa jadi sebahu…
dan kini kau megah berdiri

Rumah ini dasarnya taqwa,tiangnya iman,
bumbungnya tawakkal..
dindingnya ikhlas dan ketelusan
RUmah ini wasilah penyatuan
wadah pemuafakatan
telaga bagi yang dahaga
mendamba seteguk ilmu
mendekat pada Sang pencipta
ia jalan bagi yang kebingungan
pintu bagi yang tak menemukan
dalam mencari ertinya ISlam…
mengenal cara hidup ajaran Tuhan
kembali pada fitrah kejadian..

Rumah ini
bukan bayangan kosong
yang bisa kau sendakan
bukan hanya simbol
yang ditegakkan..
maka apa kau tunggu lagi?
ayuh berlari bersama kami
mendokong cita ini
menyokong cinta ini
bersama menjadi sulbi
menjadi jundi jundi Illahi

hilanglah rimau tinggal belangnya…
matinya gajah tinggal gadingnya
umpama setanggi dalam kasturi
moga mewangi namamu insani
jadi sebutan penghuni langit illahi
dek jasamu di hari ini

ayuh semaikan kasih ini
kita serakkan benih2
cinta rumah Illahi

buatmu kirovsky…



ok sebenarnya nk tulis panjang..tapi aku decide stop dulu sampai sini...

p/s: sajak tribute to Kirovsky Islamic Centre yang sedang dlam proses pembinaan...kalau rasa nk pahala, meh la ringan2kan tangan,hulurkan bantuan...jangan asek ringankan tangan, penuhkan perut dan badan!!

ok...ni link kalau nk mklumat lanjut http://www.musliminvolgograd.com/

Saturday, December 10, 2011

Isu 1: Bisu

Assalamualaikum..

Isu 1: Masa yang frozen
- Ok lama gila x menulis kat sini. Rasa kekok pon ada. Semuanya bermula gara2 5th year yg konon2 nya busy sgt (busy occayyyy!!!)...ok. sangat alasan.Kau ingat kau sorang je busy?apahal semua orang pon buleh ada 24 hours sama cam ko tapi diorang buleh buat macam2 bende?blog,menulis,makan,minum,solat,buang najis, vlog lagi, blaja lagi...macam2 laaa.....err....maybe sbb diorang x amek medic?? ...oh den Dr. Ramdan zainordin, abg Maherilham alias, abg Mofar hensem and ramaiiiiiiiiiii lagi tuh amek bidang masak2 ke kat sini?or basuh baju?or kursus kahwin? ..pff...dah2 yang ko nak emo sgt kat aku ni apehal??? ko la salah, x pandai bahagi waktu..x nak pikiq bende apa nk tulis, nak tuduh2 aku plak???ak ready je kot nak bgi tangan ni utk menaip n menekan2 keyboard laptop ni.ko yang x nk pikiq n bagi waktu sapa suruh.padan muke!.....ah..sudah la malas layan ko.gila agakmye cakap sorang2...pfff...x yah nak salah2 kan org sangat la...ko pon cakap dengan aku ni apahal? ak rase ko ni ade isu konflik dalaman la...cakap sorang2...huh! baik aku tido dari layan ko!

p/s: semua orang ade masa sama. aku 24..kau pon 24. so, baik la sama2 manfaatkan sebaiknya...tibe2 teringat cite "in time" semalam. memang layannnn laa..kelassss kau mariah!



http://www.youtube.com/watch?v=YkJ9u72YQ_E

Saturday, March 5, 2011

daun baru itu

1. Sedikit masa lagi, salji di lapangan akan bercairan. Bumi volgo yg beberapa minggu lalu mencatatkan suhu  -20 di bawah takat beku akan bertukar menjadi +20 selang beberapa masa ini. insyALLah.

2. Sedikit masa lagi, mungkin Muamar Gadafi dan sekutu2nya akan digulingkan dari kekuasaan pemerintahan selepas hampir 4 dekad memerintah bumi Libya.

3. Sedikit masa dahulu juga menyaksikan Essam Sharaf telah diangkat sebagai perdana menteri baru bumi Egypt setelah gulingnya kekuasaan Hosni Mubarak.

bumi beredar, musim bertukar, dan manusia terus melakar.....
Baik revolusi mahupun reformasi, ternyata konsepnya tidak lari dari HIJRah..
satu perubahan dalam mengharapkan sesuatu yg lebih baik, biarpun ternyata prosesnya bukanlah semudah lafaz kalam yg meniti di bibir bibir..

Moga Allah memberkati perjuangan mereka yg sentiasa berhijrah untuk mengharapkan sebuah kebaikan.
Moga Allah kuatkan hati ini yg juga terlalu ingin mencari titik perubahan, ke arah satu penghijrahan yg lebih baik.

sedangkan bumi pun sudah mahu menukar musimnya, kalian pula bagaimana?



Sunday, January 9, 2011

Jaga

Sabda Rasulullah SAW, 

JAGALAH ALLAH, maka Allah pasti menjagamu. 

Jagalah Allah, maka engkau akan mendapati-Nya dihadapanmu.

Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah..

Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah.




p/s: mekasih daun keladi kepada cik ini

Wednesday, December 29, 2010

lembut tapi keras

".....Yang mengampuni dosa dan Menerima taubat, lagi KERAS hukumaNya. Yang mempunyai kurnia. Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNyalah kembali (semua makhluk)"

(alMukmin:3)

hmm..
ampuni dosa
menerima taubat
tapi
KERAS hukumanNya......

Monday, December 20, 2010

salah siapa?

islam terfitnah??

kerana kau?
kerana dia?
kerana aku?
kerana dia??


[jangan tekan]

Sunday, December 19, 2010

kira-kira

beratnya SYAHADAH itu....
mahalnya syurgaMu itu...

-----sudah cukupkah usahaku?