Saturday, March 5, 2011

daun baru itu

1. Sedikit masa lagi, salji di lapangan akan bercairan. Bumi volgo yg beberapa minggu lalu mencatatkan suhu  -20 di bawah takat beku akan bertukar menjadi +20 selang beberapa masa ini. insyALLah.

2. Sedikit masa lagi, mungkin Muamar Gadafi dan sekutu2nya akan digulingkan dari kekuasaan pemerintahan selepas hampir 4 dekad memerintah bumi Libya.

3. Sedikit masa dahulu juga menyaksikan Essam Sharaf telah diangkat sebagai perdana menteri baru bumi Egypt setelah gulingnya kekuasaan Hosni Mubarak.

bumi beredar, musim bertukar, dan manusia terus melakar.....
Baik revolusi mahupun reformasi, ternyata konsepnya tidak lari dari HIJRah..
satu perubahan dalam mengharapkan sesuatu yg lebih baik, biarpun ternyata prosesnya bukanlah semudah lafaz kalam yg meniti di bibir bibir..

Moga Allah memberkati perjuangan mereka yg sentiasa berhijrah untuk mengharapkan sebuah kebaikan.
Moga Allah kuatkan hati ini yg juga terlalu ingin mencari titik perubahan, ke arah satu penghijrahan yg lebih baik.

sedangkan bumi pun sudah mahu menukar musimnya, kalian pula bagaimana?



No comments: