Friday, December 4, 2009

denda

Ya Robbi Tuhan yang Maha Mengetahui..
perancang yang hakiki..
dengan namaMU aku menulis...

salam..

result MSA dah kuar..emm ramai gak x puas ati sgt..saya??emm..sejujurnya penulis rasa biasa sahaja n memang patut kot keputusan yg sedemikian. Bukan maksud penulis memperlekehkan atau mengambil mudah apabila melihat MSA jatuh ke tangan golongan bukan muslimin sbg pemimpinnya, tetapi mungkin penulis lebih melihat kepada sunnatullah ketetapan Illahi..

melihat kpd persiapan teliti dan mantap dari calon presiden tersebut, memang tidak diragui lagi kemampuannya untuk meraih undi dari segenap pelajar Volgo. Malah tidak malu untuk penulis katakan bahawa terdetik juga di hati ini untuk mengundi beliau. Mujur x undi..he3..

ade owang kate kite dah hilang satu medium apabila MSA bernaung di bwh non-muslim.hm?? ntahlah..sbb selama nih MSA berada bwh seorang muslim sejauh mana pulak kita gunakan medium ini??dan andaipoN kepala nye adalah seorang non-muslm tetapi saya kira AJk di bwh naungan beliau x kurang juga ramainya dari muslim sendiri..

Penulis akui, mungkin selepas ini gerakan dakwah ini akan menjadi lebih sukar. Lagi2 apabila sebuah 'raksasa MSA' yg selama ini hanya 'tidur' dikejutkan dari lena panjangnya dan bakal 'mengganas' dgn aktiviti2 nya.

Namun, mungkin inilah cabaran dan 'denda' yg harus diterima apabila kita terlalu lambat dan malas bergerak. Mungkin ia satu beban, namun jangan jadikan ia satu alasan. Sebaliknya perkara seperti ini harapnya bisa menjadi batu loncatan atau turning point untuk kita sama2 bermuhasabah, bermuzakarah dan merancang semula strategi terbaik untuk sama2 memartabatkan Islam.


p/s: Tulisan ini ditulis untuk sama2 mengingatkan diri penulis terutama2 nya yang sering lalai dan terleka..

Wallahua'lam..

2 comments:

Ahmad said...

Penulisan yang boleh dikontroversikan.. anyway, good touch.. =)

inikipassaya said...

kontrovesi kah????